Yanto_90

Practice makes Perfect

Sejarah Perkembangan Komputer

workstation.jpg   Pada tahun 1647, seorang ahli matematik Perancis yang bernama Blaise Pascal(1623-1662) telah mencipta mesin kira yang pertama. Penciptaannya itu telah memulakan zaman komputer. Setelah itu, Charles Babbage(1791-1871) telah mencipta komputer yang pertama di dunia tetapi beliau tidak mendapat bantuan kerajaannya dalam pengeluaran komputer secara komersial. Pada tahun 1944, Howard Aiken(1900-1973) telah mencipta komputer digital yang pertama di dunia. Mesin itu dikenali sebagai Mark I. Saiz komputer ini sangat besar.(panjangnya ialah 51 kaki dan ketinggiannya ialah 8 kaki)

   Dari tahun 1942 sehingga 1959, pengeluaran komputer secara kecil-kecilan d1stcomputer1.jpgimulakan. Pada tahun 1953, lebih kurang 100 buah komputer sahaja yang digunakan di seluruh dunia. Komputer yang dikeluarkan pada zaman ini dikenali sebagai komputer generasi pertama. Pada zaman ini, komputer menggunakan injap. Ia cepat memanas dan saiznya juga besar. Komputer ini juga tidak berfungsi dengan baik.

   Pada tahun 1959, injap telah ditukar dan digantikan dengan transistor kecil(germanium) dan silikon. Saiz kedua-dua bahan ini lebih kecil dari injap. Komputer mula berfungsi dengan lebih baik. Komputer-komputer yang telah dikeluarkan dari tahun 1959 sehingga 1965 dikenali sebagai komputer generasi kedua.

   Pada tahun 1965 pula, transistor kecil telah memberi laluan kepada sambungan “integrated circuit”. Saiznya lebih kecil daripada transistor. Ia digelar sebagai IC. Kandungan IC ini mempunyai 10-100 transistor yang sangat kecil. Komputer ini telah disambungkan kepada monitor(yang menyerupai televisyen). Pada masa yang sama, perhubungan di antara komputer juga diwujudkan. Perhubungan ini menggunakan talian telefon. Kuasa memori dan kelajuan komputer juga bertambah. Perkembangan ini telah menelan masa 5 tahun. Tahap ini dikenali sebagai komputer generasi ketiga.

   Dari tahun 1970, dunia komputer telah mengalami perubahan yang begitu ketara. Perubahan ini telah membawa kesan kepada kehidupan manusia. Pelbagai ciptaan baru di dunia komputer terus memantapkan lagi dunia komputer sehingga hari ini. Tahap ini dikenali sebagai komputer generasi keempat. IC komputer yang digunakan untuk pengeluaran komputer kini begitu canggih dan dikenali sebagai “Large Scale Integration(LSI)”. LSI ini mengandungi beribu-ribu transistor yang sangat kecil. Dahulu, berat sebuah komputer ialah 30 ton dan sebuah gudang diperlukan untuk menyimpannya tetapi kini komputer hanya sebesar tapak tangan sahaja

Januari 19, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komentar